Isnin, 25 Julai 2016

Pantai Rantau Abang

Assalamualaikum, terima kasih Lin ucapkan kepada yang sudi menjengah blog ini. Semoga anda semua berada dalam rahmat Allah senantiasa.

Kali ni Lin nak share pantai-pantai yang pernah Lin jelajah kat Terengganu,

1.      1. Pantai Rantau Abang

Dekat sini memang mempunyai view yang cantik dengan pasir yang memutih, air yang bersih, terdapat pula batu-batu besar yang berwarna hitam berkilat. Kalau orang kahwin selalu ambik gambar kat sini sebagai weeding outdoor. Tempat ni jugak penyu bertelor, bila tiba musimnya memang berlambak dapat telor penyu dan dapat tengok sendiri penyu bertelor. Sekarang penyu dah tak banyak yang mendarat sebab dah nak pupus ( orang tangkap penyu secara haram)






 Masa ni ambik gambar kat batu-batu besar, feeling macam duduk pantai kat luar negara pun ada. Huhuhu….
Ini aje pic yang sempat ambik sebab pergi waktu maghrib tapi sempatlah tengok matahari terbenam.




Kalau datang sini jangan lupa ke rumah penetasan penyu. Di sini korang dapat tengok aquarium penyu. Siap boleh beli telor penyu.



Gambaran seluruh pantai, cantikkan... Biasanya, di atas batu yang tinggi tu, Orang awam suka ambil gambar kahwin. Boleh juga datang untuk picnic tapi dilarang mandilah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan