Ahad, 31 Julai 2016

Pantai Kelulut



Ini antara pantai yang selalu Lin pergi sebab dia dekat dengan rumah dalam setengah jam macam tu dah sampai. Apa yang best kat sini ada macam-macam kedai makanan yang paling popular adalah keropok lekor, sata dan otak-otak.
        
 Datang sini best sangat sebab macam-macam aktiviti yang boleh dibuat kecuali mandi-manda sebab dibimbangi lemas. Kat sini ada banyak juga rumah tumpangan atau rumah istirehat sambil menikmati pantai yang indah. Tempat ni setiap tahun akan diadakan ekspo. Ada macam-macam jualan seperti pakaian, kasut, makanan segera dan sebagainya. Lepas tu, ada juga kempen kesihatan dan keselamatan. Kadang-kadang tu dapat buat pemeriksaan kesihatan secara percuma aje. Kan best tu...


Biasanya malam akan diadakan acara kebudayaan seperti nyanyian dikir barat, ada juga artis-artis Terengganu yang turun padang untuk membuat persembahan. Lin jarang pergi malam sebab tak pandai nak drive kan. Hmm… Kesian betulkan.


Kalau tak jumpa boleh cari signboard ni, berada di tepi jalan so senang nak nampak. kat bahagin tepi tu tempat parking kereta. Datang sini tak susah nak cari parking sebab tempatnya sangat luas kecuali ada ekspo memang sesaklah jalan....


Di situ ada tempat duduk yang menghadap laut yang terbentang luas. Biasanya petanglah boleh duduk kat tepi pantai sebab dah kurang panas. Pasangan burung merpati suka duduk kat sini sambil melayan perasaan. 


Ini ruang untuk berjalan kaki. biasanya kat tepi tu pengunjung selalu buat BBQ atau berkelah. 




Antara makanan yang korang harus makan bila ke sini,....


Ini namanya 'sata'. sepanjang kawasan Marang memang berderetan kedai menjual sata. rasanya sangat yummy dengan rasa pedas dan  manis. Dibuat sepenuhnya daripada ikan yang segar. kalau nak tau resipinya boleh layari blog ini =  http://buletinresep.blogspot.my/2014/11/resep-otak-otak-ikan-tengiri.html


Ini pula 'otak-otak' yang dibuat daripada ikan tenggiri. dibalut dalam daun pisang. ia enak di makan kalau dicecah dengan sos berlada.


kalau rasa nak beli keropok yang dah digoreng atau belum boleh datang sini.


Kat sini memang famous kerana keropoknya sedap-sedap belaka. Lin pun suka beli keropok goreng kat sini. So, jangan segan-segan nak datang membeli di sini. Kalau hujung minggu atau musim cuti sekolah memang kedai ni penuh dengan pengunjung. Sampaikan ada yang beratur di luar kedai.






Antara kedai makan yang selalu orang bertandang adalah di Medan Selera Taman Esplanade. Serious kat sini korang akan dapat makan macam-macam . My favourite is sotong celup tepung. Perggh… rasanya sungguh enak. Rugi kalau datang sini tak cuba. Kedai dia berderetan so korang boleh pilih nak makan kedai mana tapi semuanya best-best belaka.





Setiap kali Lin makan kat sini, tak akan lupa punya nak pekena sotong celup tepung. Rasanya sangat best. Rugi kalau datang makan kat sini kalau tak cuba makan. Huhuhu....


 Sekian saje entri Lin kali ni. next time Lin cari lagi pantai menarik untuk dikongsikan dengan semua pembaca yang Lin sayangi.

Isnin, 25 Julai 2016

Pantai Batu Burok

Pantai ni berdekatan dengan bandar Kuala Terengganu dan dekat dengan hospital besar KT. Di pantai ni paling best sebab sepanjang perjalanan penuh dengan kedai-kedai makan. Kalau datang time ada ekspo best juga dapat membeli-belah di situ. Pantai ni sentiasa penuh dengan pengunjung mungkin terlalu banyak tarikan seperti boleh menaiki kuda, boleh naik ATV( motor yang boleh bergerak atas pasir). Di sini juga terdapat kemudahan yang lengkap dengan tempat penginapan yang murah dan eklusif ( selalunya orang menginap di resort Permain Inn dan Equestrian Resort). Korang kena datanglah kalau nak tengok keindahan di sini.





Selalunya ke sini Lin prefer untuk beli makanan macam ni sebab boleh makan di tepi pantai. Yummy…






Kalau datang sini jangan lupa makan aiskrim dalam kelapa. Rasanya sangat best. Harga dalam RM5 tak silap Lin lah...









Teman anak saudara main pasir kat pantai. Baru Lin tahu kalau tanam kaki sementara ( korek pasir tu dalam2 tau supaya dapat posisi yang selesa) dalam pasir pantai boleh bantu untuk melicinkan kulit kaki dan mengelakkan penyakit kencing manis, jantung dan sebagainya.



Best jugak lepak2 kat sini sebab dapat tengok layang-layang berterbangan di langit... Pengunjung yang ke sini tak akan ketinggalan untuk bermain dengan layang.





Sekian entri Lin kali ini... Jangan lupa datang melawat pantai batu burok. Tak akan rasa rugi punya....

Pantai Rantau Abang

Assalamualaikum, terima kasih Lin ucapkan kepada yang sudi menjengah blog ini. Semoga anda semua berada dalam rahmat Allah senantiasa.

Kali ni Lin nak share pantai-pantai yang pernah Lin jelajah kat Terengganu,

1.      1. Pantai Rantau Abang

Dekat sini memang mempunyai view yang cantik dengan pasir yang memutih, air yang bersih, terdapat pula batu-batu besar yang berwarna hitam berkilat. Kalau orang kahwin selalu ambik gambar kat sini sebagai weeding outdoor. Tempat ni jugak penyu bertelor, bila tiba musimnya memang berlambak dapat telor penyu dan dapat tengok sendiri penyu bertelor. Sekarang penyu dah tak banyak yang mendarat sebab dah nak pupus ( orang tangkap penyu secara haram)






 Masa ni ambik gambar kat batu-batu besar, feeling macam duduk pantai kat luar negara pun ada. Huhuhu….
Ini aje pic yang sempat ambik sebab pergi waktu maghrib tapi sempatlah tengok matahari terbenam.




Kalau datang sini jangan lupa ke rumah penetasan penyu. Di sini korang dapat tengok aquarium penyu. Siap boleh beli telor penyu.



Gambaran seluruh pantai, cantikkan... Biasanya, di atas batu yang tinggi tu, Orang awam suka ambil gambar kahwin. Boleh juga datang untuk picnic tapi dilarang mandilah.