Ini antara pantai yang selalu Lin pergi sebab dia dekat
dengan rumah dalam setengah jam macam tu dah sampai. Apa yang best kat sini ada
macam-macam kedai makanan yang paling popular adalah keropok lekor, sata dan
otak-otak.
Datang sini best sangat sebab macam-macam
aktiviti yang boleh dibuat kecuali mandi-manda sebab dibimbangi lemas. Kat sini
ada banyak juga rumah tumpangan atau rumah istirehat sambil menikmati pantai
yang indah. Tempat ni setiap tahun akan diadakan ekspo. Ada macam-macam jualan
seperti pakaian, kasut, makanan segera dan sebagainya. Lepas tu, ada juga
kempen kesihatan dan keselamatan. Kadang-kadang tu dapat buat pemeriksaan
kesihatan secara percuma aje. Kan best tu...
Biasanya malam akan diadakan acara kebudayaan seperti
nyanyian dikir barat, ada juga artis-artis Terengganu yang turun padang untuk
membuat persembahan. Lin jarang pergi malam sebab tak pandai nak drive kan. Hmm…
Kesian betulkan.
Kalau tak jumpa boleh cari signboard ni, berada di tepi jalan so senang nak nampak. kat bahagin tepi tu tempat parking kereta. Datang sini tak susah nak cari parking sebab tempatnya sangat luas kecuali ada ekspo memang sesaklah jalan....
Di situ ada tempat duduk yang menghadap laut yang terbentang luas. Biasanya petanglah boleh duduk kat tepi pantai sebab dah kurang panas. Pasangan burung merpati suka duduk kat sini sambil melayan perasaan.
Ini ruang untuk berjalan kaki. biasanya kat tepi tu pengunjung selalu buat BBQ atau berkelah.
Antara makanan yang korang harus makan bila ke sini,....
Ini namanya 'sata'. sepanjang kawasan Marang memang berderetan kedai menjual sata. rasanya sangat yummy dengan rasa pedas dan manis. Dibuat sepenuhnya daripada ikan yang segar. kalau nak tau resipinya boleh layari blog ini = http://buletinresep.blogspot.my/2014/11/resep-otak-otak-ikan-tengiri.html
Ini pula 'otak-otak' yang dibuat daripada ikan tenggiri. dibalut dalam daun pisang. ia enak di makan kalau dicecah dengan sos berlada.
kalau rasa nak beli keropok yang dah digoreng atau belum boleh datang sini.
Kat sini memang famous kerana keropoknya sedap-sedap belaka. Lin pun suka beli keropok goreng kat sini. So, jangan segan-segan nak datang membeli di sini. Kalau hujung minggu atau musim cuti sekolah memang kedai ni penuh dengan pengunjung. Sampaikan ada yang beratur di luar kedai.
Antara kedai makan yang selalu orang bertandang adalah di Medan
Selera Taman Esplanade. Serious kat sini korang akan dapat makan macam-macam .
My favourite is sotong celup tepung. Perggh… rasanya sungguh enak. Rugi kalau
datang sini tak cuba. Kedai dia berderetan so korang boleh pilih nak makan
kedai mana tapi semuanya best-best belaka.






Tiada ulasan:
Catat Ulasan